I Will Never Say Never....
I Will Fight Till Forever....
Whenever You Knock Me Down....
I Will Not Stay On The Ground....

AND NEVER SAY NEVER !!!


Tuesday 29 May 2012

Fesyen dan Gaya Zaman itu



Lebih jujur jika saya katakan kisah ini sebenarnya jelas berlaku selepas alam persekolahan. Kerna semasa di dalam tempoh persekolahan fesyen itu terbatas pada bayangan dan idea. Keadaan pada masa itu meminimakan proses fesyen untuk lebih jelas kerna sekatan waktu dan peraturan sekolah.

Selepas berlalu alam persekolahan yang saya rindui maka bermulalah proses mencari identiti diri. Mencari identiti "dewasa" yang akan membuang imej bersih atau baik persekolahan. Mungkin saya sudah jemu atau sedikit pengaruh rakan yang mengatakan perempuan lebih sukakan bad boy.



Antara pengaruh yang memainkan peranan adalah muzik. Dan muzik yang cukup dekat dihati saya ketika itu adalah muzik rock. Saya memandang kepada dua ikon rock Malaysia. Amy dan Awie. Kedua duanya mempunyai identiti yang berlainan kerana pengaruh genre rock itu sendiri. Saya memlih gaya Amy yang nampaknya lebh dekat dengan jiwa saya selain dari pengaruh fizikal yang agak kurus. Degan baju fit dan seluar skinny. Cukup hebat rasanya jika menggayakan baju lambang matahari. Semasa bergambar juga ada cara posing khas. Posisi kaki dihadapan dan dada sedikit ke belakang namun harus diingat dada haruslah dibuka untuk menunjukkan imej garang dan bebas.




Kemudian semasa dalam peringkat diploma saya masih mengekalkan imej yang serupa tetapi pengaruhnya sudah sedikit bercampur dengan modern. Rambut ketika itu secara jujurnya dilayerkan dan dimerahkan. Betapa jahilnya saya ketika itu. Namun apa yang berlaku ketika itulah pengajaran yang mematangkan saya kini.


                          

Kemudian saya bertranformasi ke arah lelaki yang gemarkan sweater. Tidak kira siang atau malam, panas atau sejuk saya akan bersweater. Sehinggakan tidak terkira koleksi sweater saya ketika itu. Melebihi jumlah tshirt yang saya ada. Asal shopping sweaterlah yang akan saya cari. Sweater ini akan saya kenakan dengan seluar jeans dan sneakers. Sneaker pilihan saya ketika itu adalah berjenama adidas. Ketika itulah zaman kegemilangan saya dan teman2. Sehinggakan nama"jang" itu cukup dikenali oleh student kolej. Kenapa ? itu rahsia :) 

 


Saya kekal dengan imej ini. Dan jujurnya memang saya selesa. Tetapi bila semakin dewasa ini saya merasakan saya perlu menukar imej saya kepada yang lebih bersih. Sesuai dengan umur, jiwa dan dan komuniti saya berada. Lantas saya mengambil keputusan tuk berimej seperti seorang pelajar. Keputusan yang memang emak saya tunggu sekian lama. Hilanglah baju saya yang berimejkan "nakal", seluar jeans dan rambut panjang. Keputusan saya tuk berambut pendek dibuat kerna itu permintaan emak saya.




Hampir setahun saya menyimpan rambut dan rasanya hampir rm 200 saya peruntukkan tuk kos penjagaan rambut bagi sebulan. Akhirnya segalanya saya tamatkan 2 hari sebelum saya mendaftar masuk ke peringkat degree. Dan inilah imej dan fesyen terbaru saya. Bersih dan kemas.

 

No comments:

Post a Comment